Forum Mahir Bersama Komuniti
26 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2025, telah berlangsung Forum Mahir Bersama Komuniti secara atas talian. Forum ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Tujuan Forum Mahir Bersama Komuniti adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Mahir pada pengambilan akan datang. Terdapat 5 kursus yang ditawarkan iaitu Mahir Pertanian Pintar, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Masak. Peluang pembelajaran secara atas talian dan praktikal, bimbingan mentor dan potensi jana pendapatan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: